Rupa dan pencerapan Gilang (fenomena optik)

Tertakluk kepada keadaan (seperti keseragaman saiz titisan dalam awan), satu ataupun banyak lingkaran gilang boleh ditampak. Saiz sudut lingkaran dalaman tercerah adalah lebih kecil berbanding pada pelangi, kira-kira 5° ke 20°, mengikut saiz titisan. Dengan suasana yang sesuai, gilang dan pelangi dapat berlaku serentak.[1]

Seperti pelangi, gilang berpusat pada takat antisuria (jikalau bulan, antiqamari), yang berbetulan dengan bayang-bayang kepala pemerhati. Oleh sebab takat ini menurut takrifannya bertentangan garis lintangnya dengan kedudukan matahari (atau bulan) di langit, ia sentiasa terletak di bawah ufuk pemerhati apabila matahari (atau bulan) muncul. Jadi untuk mencerap atau melihat gilang, awan atau kabus yang mengakibatkannya mesti berada di bawah pemerhati, dalam garisan lurus dengan Matahari/Bulan dan mata pemerhati. Makanya, gilang biasa dicerap dari sudut pandangan tinggi seperti dari atas gunung, bangunan tinggi, atau dari dalam pesawat. Dalam kes pesawat, jika kapal pesawat terbang cukup rendah sehingga bayang-bayangnya muncul pada awan, gilang akan sentiasa mengelilinginya. Ada yang memanggilnya The Glory of the Pilot, yang bermaksud "Gilang Juruterbang".

Spektrum Brocken

Gilang suria dan Spektrum Brocken

Apabila ia dicerap dari gunung atau bangunan tinggi, gilang biasanya dilihat bersama-sama spektrum Brocken, iaitu bayangan pemerhati yang terbesarkan, muncul (apabila matahari rendah) pada awan di bawah gunung yang pemerhati berdiri atas. Nama istilah ini datang daripada Brocken, puncah tertinggi banjaran gunung Harz di Jerman. Oleh sebab puncaknya berada di atas paras awan dan kawasan ia kerap kali berkabus, keadaan sesuai untuk hasil bayang-bayang pada lapisan awan adalah biasa. Bayang-bayang gergasi yang kelihatan bergerak sendiri akibat pergerakan lapisan awan (pergerakan ini satu lagi bahagian dala penakrifan spectrum Brocken) dan di kelilingi gilang, mungkin juga menyebabkan pergunungan Harz mendapat reputasi buruk sebagai tempat ahli sihir dan semangat jahat berteduh. Dalam lakonan <i>Faust</i> oleh Goethe, Brocken dipanggil Blocksberg dan merupakan tapak Hari Rehat Penyihir pada Malam Walpurgis.

Rujukan

WikiPedia: Gilang (fenomena optik) http://www.philiplaven.com/p2c1a.html http://ljmayes.pnyhost.com/var/glorytxt.htm http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=t... http://www.wunderground.com/blog/JeffMasters/the-3... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/atmos/c... http://freespace.virgin.net/ljmayes.mal/var/gloryt... http://journals.ametsoc.org/doi/pdf/10.1175/2009BA... http://www.opticsinfobase.org/abstract.cfm?URI=ol-... http://www.atoptics.co.uk/droplets/glory.htm https://www.youtube.com/watch?v=jpmEfGHEeqc